Pembelian emas GAP melalui Auto-Debit adalah pembelian secara automatik setiap bulan mengikut jumlah, tarikh (effective date) dan tempoh pembelian yang anda tetapkan.
Duit akan ditolak dari akaun bank anda dalam tempoh 7 hari bekerja selepas effective date yang anda tetapkan dan gram emas akan dimasukkan ke dalam akaun GAP selepas 3 hari bekerja dari tarikh pemotongan di bank.
Walaupun mengambil masa 7 hari bekerja untuk duit ditolak dari akaun bank anda, harga emas untuk setiap pembelian anda tetap berdasarkan harga emas pada effective date bulanan yang anda tetapkan.
Pihak bank akan mengenakan caj RM1 untuk mengaktifkan fungsi auto debit ini.
Pemotongan hanya berlaku sekali sahaja sebulan. Jika pemotongan tidak berjaya, boleh top up sendiri secara FPX.

Public Gold menganjurkan satu kempen Cabutan Bertuah setiap bulan bagi siapa yang mengaktifkan simpanan emas di akaun GAP secara autodebit dengan potongan minima RM200
Banyak hadiah yang menarik ditawarkan termasuklah Goldbar 10 gram setiap bulan.
Senarai pemenang dipaparkan DISINI
Baca terma dan syarat penyertaan DISINI
Bagaimana nak tahu sudah berjaya subscribe auto-debit?
Berapa kali percubaan penolakan berlaku dari pihak Public Gold jika penolakan kali pertama tidak berjaya?
Kenapa gram emas tidak di update di dalam akaun GAP walaupun penolakan duit sudah dibuat?
Bagaimana nak semak semula arahan auto-debit yang pernah saya buat sebelum ini dan statusnya?
Jika duit dalam akaun bank tidak cukup pada hari penolakan dibuat, apa akan jadi pada auto-debit saya? Adakah akan dibatalkan?
Klik butang di bawah untuk hubungi saya sekiranya anda ada persoalan yang memerlukan penjelasan lanjut sebelum memulakan simpanan emas.

PG00526497